Profil JKR Kuala Pilah
Jabatan Kerja Raya Kuala Pilah terletak di Tingkat 2, Komplek Pentadbiran Kerajaan Kuala Pilah,7200 Kuala Pilah, Negeri Sembilan Darul Khusus. Diketuai oleh Jurutera Daerah Kuala Pilah sebagai Ketua Jabatan.
Berfungsi untuk membina projek-projek infrastruktur seperti jalan dan bangunan di daerah Kuala Pilah. Selain itu menjadi tanggungjawab JKR Kuala Pilah juga untuk menyelia dan menyelenggara jalan dan bangunan am yang tertentu di daerah Kuala Pilah ini.
Unit-unit kecil telah ditubuhkan di jabatan ini untuk memudahkan lagi pentadbiran dan urusan jabatan ini. Antara unit-unit yang telah ditubuhkan ialah:1-Pentadbiran & Kewangan
-
Bertanggungjawab menguruskan hal-hal perkhidmatan, pencen serta pentadbiran pegawai & kakitangan JKR Kuala Pilah
-
Menguruskan hal ehwal stor JKR KP.
-
Menguruskan hal ehwal Kewangan JKR KP
2-Bangunan-Bangunan Am dan Pendidikan
- Merancang, mereka bentuk dan membina bangunan kerajaan dan bangunan am di peringkat daerah Kuala Pilah.
- Menyeliadan menyelenggara bangunan terutama bangunan kerajaan.
- Memberi khidmat nasihat teknikal kepada kerajaan di peringkat persekutuan, negeri dan daerah Kuala Pilah.
3-Jalan-Pemantauan Projek, Penyelenggaraan dan Selia selenggara
- Memelihara rangkaian jalan sedia ada di daerah Kuala Pilah sentiasa dalam keadaan selamat & selesa kepada pemandu.
