Aktiviti JKR di Bulan November 2008 AUDIT DALAMAN JKR NEGERI SEMBILAN
 Isnin 1 Disember – Audit Dalaman SPK JKR MS ISO 9001:2000 telah berjaya dilaksanakan pada 24 hingga 26 November 2008. Pasukan audit terdiri daripada Tuan Haji Ir. Ab.Manan Bin Embong selaku Ketua Pasukan Audit Dalaman telah menjalankan audit di enam daerah di JKR Negeri Sembilan. Tujuan audit ini dijalankan adalah untuk memastikan Jabatan mematuhi kehendak SPK ISO 9001:2000. Perasmian audit telah dijalankan oleh Pengarah Kerja Raya Negeri Sembilan. Ucapan penghargaan diucapkan kepada semua yang terlibat sepanjang audit dijalankan dan bersama-samalah kita membudayakan SPK sebagai amalan kerja seharian.
Lihat galeri... Aktiviti JKR di Bulan Oktober 2008
KEMPEN DERMA DARAH DAN PEMERIKSAAN KESIHATAN ANJURAN JKRNS
 Selasa 28 Oktober – JKR Negeri Sembilan telah menganjurkan satu kempen derma darah dan pemeriksaan kesihatan pada 22 Oktober bertempat di Dewan Serbaguna, Wisma Negeri. Kempen ini telah dihadiri oleh semua kakitangan JKR dan diserikan lagi dengan kehadiran Pengarah Kerja Raya Negeri Sembilan iaitu Ir. Dr. Roslan bin Md. Taha. Pihak JKRNS mengucapkan ribuan terima kasih kepada Jabatan Kesihatan Negeri Sembilan di atas bantuan yang diberikan dalam menjayakan program ini.
Lihat galeri...
MAJLIS JAMUAN HARI RAYA AIDILFITRI JKRNS 1429 H
 Selasa 28 Oktober – Bertempat di perkarangan kediaman rasmi Pengarah Kerja Raya Negeri Sembilan telah berlangsungnya majlis jamuan hari raya Aidilfitri pada 22 Oktober 2008. Majlis telah berlangsung dengan begitu meriah dan lebih bermakna dengan kehadiran Menteri Besar Negeri Sembilan, YAB.Dato'Seri Utama Haji Mohamad Bin Haji Hasan, Ketua Pengarah Kerja Raya Malaysia, Y.Bhg. Dato' Sri Prof. Ir. Dr. Judin Bin Abdul Karim, Ahli-ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan dan Ketua-ketua Jabatan. Terima kasih diucapkan kepada semua yang terlibat dalam menjayakan Majlis Jamuan Hari Raya Aidilfitri ini.
Lihat galeri...
MAJLIS PERPISAHAN DAN PERSARAAN KAKITANGAN JKR IBU PEJABAT NEGERI SEMBILAN

Isnin 23 Jun – Satu majlis telah diadakan sebagai tanda penghargaan kepada mereka yang telah menyumbangkan bakti kepada JKR Negeri Sembilan. Beliau adalah Ketua Pembantu Tadbir iaitu Encik Md. Sidek bin Kidam yang telah bersara, Ketua Penolong Pengarah (Pentadbiran & Kewangan) Encik Azman bin Abdullah yang akan melanjutkan pelajaran dalam Sarjana di Australia dan Encik Ismail bin Hashim yang telah dinaikkan ke Jurutera Awam Gred J41 dan bertugas di JKR Rembau. Majlis telah disempurnakan oleh Ketua Penolong Pengarah Jalan, Encik Abd Karim bin Mohd Tahir bagi pihak Pengarah Kerja Raya Negeri Sembilan. Kami di JKR Negeri Sembilan mengucapkan berbanyak terima kasih di atas segala pengorbanan yang telah diberikan kepada ketiga-tiga kakitangan JKR Negeri Sembilan.
Lihat galeri...
PERTANDINGAN BOLA TAMPAR ANTARA BAHAGIAN

Selasa 17 Jun – Kelab Sukan dan Kebajikan Cawangan Ibu Pejabat telah mengadakan pertandingan Bola Tampar antara Bahagian pada 12 Jun yang lalu bertempat di Center Court , Paroi. Tempat pertama bagi pasukan lelaki dimenangi dari JKR Stor, tempat kedua dimenangi oleh kakitangan dari Pentadbiran & Kewangan serta Perancangan Korporat dan kakitangan dari Bahagian Jalan mendapat tempat ketiga. Bagi pasukan perempuan dimenangi dari Group A. Tahniah diucapkan kepada semua pemenang.
Lihat galeri...
KURSUS TATATERTIB JKR NEGERI SEMBILAN
Jumaat 13 Jun – Bahagian Perancangan Korporat telah menganjurkan kursus Tatatertib bagi kakitangan JKR NS untuk sokongan I dan II pada 2 dan 3 Jun yang lalu. Pembukaan kursus telah disempurnakan oleh Pengarah Kerja Raya Negeri Sembilan . Penceramah jemputan pada hari pertama adalah Puan Habsah binti Ali bagi kakitangan sokongan I dan Puan Idatul Farita binti Mohamad Toha bagi Kakitangan Sokongan II. Objektif kursus ini diadakan adalah untuk memberitahu peraturan-peraturan pejabat awam seperti yang ditetapkan dan kewajipan untuk mematuhinya. Kursus berakhir pada 3 Jun dengan majlis penyampaian sijil oleh Ketua Penolong Pengarah Perancangan Korporat.
Lihat galeri...
|