%@LANGUAGE="JAVASCRIPT" CODEPAGE="1252"%>
SEJARAH
JKR DAERAH JELEBU |
|
Pada
tahun 1928, Pejabat Pentadbiran Public Works of Department (Kini JKR)
Daerah Jelebu terletak di tapak bangunan kayu ( Kini Bangunan Tenaga Nasional
Berhad ) yang baru.Atas arahan seorang Pegawai British bagi Daerah Jelebu,Public
Work Of Department ( JKR ) telah menbina sebuah kolam air berhampiran
Masjid Jamek Kuala Klawang sekarang.Sebuah tugu telah didirikan berhampiran
dengan kolam itu kerana memperingati kerjasama pelbagai kaum yang telah
menjayakan pembinaan kolam tersebut. |
![]() |
Bahagian Stor Jabatan Kerja Raya Daerah Jelebu pula terletak di tapak sebuah penjara yang telah didirikan oleh Pihak Inggeris di Kuala Klawang pada tahun 1920an.Ia masih tegak dan kukuh berdiri sehingga ke hari ini dan masih kekal digunakan sebagai Setor JKR Daerah Jelebu. Pada tahun 1945,Jabatan Kerja Raya Daerah Jelebu dijadikan ‘sub District’ atau sebuah daerah kecil di bawah pengawasan dan pengawalan Jurutera Daerah Kuala Pilah/Jelebu. JKR Daerah Jelebu telah dirasmikan pada tahun 1952 dan diletakkan di bawah jagaan seorang Pembantu Kejuruteraan ( Assistant Engineer ) iaitu En. A.S Thambiah.Pada tahun 1982, bangunan pentadbiran JKR Daerah Jelebu yang lama yang terletak di tapak bangunan Tenaga Nasional Berhad telah berpindah ke Kompleks Kerajaan Daerah Jelebu yang terletak di atas bukit di tengah – tengah Pekan Kuala Klawang.Manakala Stor JKR Daerah Jelebu pula masih kekal di bangunan bekas penjara binaan penjajah Inggeris hingga ke hari ini. |