%@LANGUAGE="JAVASCRIPT" CODEPAGE="1252"%>
TAHUKAH
ANDA..????? |
![]() |
Sebuah
Penjara telah dibina oleh Pihak Inggeris di Kuala Klawang pada tahun 1920an.ia
masih tegak berdiri sehingga ke hari ini dan digunakan sebagai Setor JKR
Daerah Jelebu. |
![]() |
Di atas Bukit Bandar Tinggi terdapat sebuah meriam lama.Meriam itu dipercayai kepunyaan Datuk Undang Abdullah.Panjangnya ialah 5 kaki dan 30 Inci ukur lilit.Namanya ditulis dengan tulisan jawi iaitu Meriam Kelana Putra. |
![]() |
Salah
satu kawasan di sekolah ini mempunyai kubur jepun.Kubur tersebut dipercayai
adalah peninggalan jepun pada zaman penjajahannya.Ini adalah berdasarkan
kepada tulisan yang terdapat pada batu nisan kubur tersebut.Ia terletak
di belakang asrama putera tetapi kini kesannya telah hilang kerana telah
ditimbus. |
![]() |
Sewaktu
banjir besar melanda di seluruh Negara pada Januari 1971, Jelebu juga
turut mengalami keadaan yang samatetapi sebuah masjid di Kg Kuala Dulang
tidak ditenggelami air malah ia tidak pernah ditenggelami air sejak ia
dibina walaupun ia berhampiran dengan Sungai Kuala Dulang.
|
![]() |
Atas
arahan seorang Pegawai British bagi Daerah Jelebu,pada tahun 1928, PWD
( JKR ) telah membina sebuah kolam air di satu kawasan di belakang Masjid
Jamek Kuala Klawang dengan dibantu oleh pelbagai kaum di daerah ini.Sebagai
tanda memperingati peristiwa tersebut,sebuah tugu telah dibina berhampiran
kolam itu.
|
![]() |
Moyang
Salleh merupakan Undang Luak Jelebu yang pertama.Beliau juga merupakan
orang yang pertama memutuskan hubungan dengan negeri Johor.Peristiwa tersebut
dikenali sebagai ‘memutuskan tali dengan Negeri Johor’.Di
atas keberanian itu, beliau telah dianugerahkan dengan gelaran Datuk Mendulika
Menteri Akhir Zaman Sultan Jelebu.Makam beliau terletak di Tanah Perkuburan
Orang Islam Kg Bandar Tinggi. |