Selamat datang ke Bahagian Perancangan Korporat.
Bahagian ini telah diwujudkan secara pentadbiran dalaman
sejak tahun 1999. Kakitangan yang ada pada masa itu
adalah seramai empat orang.
Setelah bertukar beberapa Ketua Penolong Pengarah,
kini Perancangan Korporat ditadbir oleh
Tuan Haji Rosman bin Haji Kamaruddin bermula
pada pertengahan 2005 dan dengan kekuatan
kakitangan seramai sepuluh orang. Antara tugas dan
tangungjawab utama Perancangan Korporat adalah
mengurus hal-hal berkaitan ICT dan laman web, mengurus
hal- hal berkaitan pengurusan kualiti, menyelaras dan
memantau projek melalui sistem SKALA, mengurus hal-hal
berkaitan aduan, peperiksaan, latihan kakitangan
JKR NS dan sebagainya.