|
| |||
Webmaster Galeri |
Bahagian Mekanikal atau nama penuhnya JKR Cawangan Kejuruteraan Mekanikal Negeri Sembilan adalah sebahagian daripada bahagian yang terdapat di JKR Negeri Sembilan iaitu Pentadbiran, Pengurusan Korporat, Jalan, Bangunan, Arkitek, Ukur Bahan, Elektrik dan JKR Daerah. Objektif JKR Cawangan Kejuruteraan Mekanikal Negeri Sembilan adalah menyediakan Kejuruteraan Mekanikal yang berkaitan dengan pembinaan infrastruktur dan kemudahan awam khususnya pemasangan dan penyelenggaraan alatan perkhidmatan sistem mekanikal di bangunan kerajaan, penyelenggaraan kenderaan dan jentera berat dan lain-lain khidmat teknikal yang bersangkutan dengan kejuruteraan mekanikal, dengan sentiasa memberi penekanan kepada:
Bagi menentukan projek infrastruktur dan kemudahan awam dilaksanakan dengan jayanya dan seterusnya diselenggara dengan baik, JKR Cawangan Kejuruteraan Mekanikal Negeri Sembilan telah menetapkan supaya tonggak dua belas perkhidmatan awam mestilah diamalkan. Diharapkan dengan adanya laman web ini, diharapkan ia dapat memudahkan orang ramai memperolehi maklumat serta berurusan dengan jabatan kami.
Sekian, terima kasih.
|
Pautan Berkaitan
|
|