PERUTUSAN PENGARAH JKR NEGERI SEMBILAN



 


Assalamualaikum dan Salam Sejahtera,

Selamat datang ke Laman Web Rasmi Jabatan Kerja Raya Negeri Sembilan.

Selaras dengan perancangan kerajaan ke arah melaksanakan Kerajaan Elektronik (e-gov), Jabatan Kerja Raya (JKR) Negeri Sembilan tidak terpinggir dari arus perkembangan paradigma tersebut. Penyediaan Laman Web JKR Negeri Sembilan merupakan satu langkah penting yang telah diambil berikutan ledakan penggunaan Teknologi Maklumat dan Komunikasi (ICT) secara meluas pada masa kini. Melalui Laman Web ini, JKR Negeri Sembilan akan mempamerkan maklumat berhubung dengan organisasi, visi & misi, perkhidmatan utama serta peranan dan tanggungjawab JKR Negeri Sembilan. Di samping itu juga JKR Negeri Sembilan akan memastikan bahawa maklumat yang disampaikan adalah berkualiti kepada pelanggan-pelanggan JKR di Negeri Sembilan khususnya dan Malaysia amnya.

 
Dengan adanya penyediaan Laman Web ini adalah diharapkan semua warga Negeri Sembilan khususnya dan Malaysia amnya mendapat peluang untuk mempelajari dan memahami dengan lebih dekat tentang peranan dan tanggungjawab JKR Negeri Sembilan di samping dapat meningkatkan lagi mutu perkhidmatan jabatan ini kepada rakyat dan Negara. Ini adalah selaras dengan usaha yang telah diambil kerajaan dalam RMKe-9 bagi meningkatkan sistem penyampaian maklumat melalui integrasi yang lebih kukuh, peningkatan kualiti perkhidmatan serta dapat mengoptimumkan penggunaan sumber.

Sebagai tonggak utama dalam infrastruktur negara, JKR Negeri Sembilan khususnya bertanggungjawab dalam melaksanakan hampir keseluruhan projek di negeri ini. Ini selaras dengan projek-projek yang telah diperuntukkan dalam RMK-9 oleh YAB Perdana Menteri.

JKR Negeri Sembilan amat berharap dapat menyediakan perkhidmatan yang terbaik buat rakyat dan pelanggan dalam melaksanakan sebarang pembangunan di negeri ini.

Akhir kata saya berharap agar maklumat-maklumat yang disediakan melalui laman web ini dapat memberi manfaat secukupnya kepada kita semua khasnya pelanggan-pelanggan JKR Negeri Sembilan.

Saya mengalu-alukan sebarang aduan dan pertanyaan yang berhubungkait dengan JKR Negeri Sembilan untuk memantapkan lagi organisasi dan kemudahan Jabatan.

Sekian, terima kasih.

IR. DR. ROSLAN BIN MD. TAHA
Pengarah
Jabatan Kerja Raya
Negeri Sembilan

Penafian : Jabatan Kerja Raya Negeri Sembilan tidak akan bertanggungjawab terhadap sebarang kehilangan atau kerosakan yang dialami kerana menggunakan maklumat di dalam laman ini.
Hakcipta Terpelihara (c) Bahagian Perancangan Korporat JKR Negeri Sembilan Darul Khusus